19th

Cinta 14 February

0

Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya…

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan…
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir…
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu…..

Feb 19th by rynn2506

Continue Reading

11th

Ini Bangang Namanye……

4

kesian-bb-ni

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

via Utusan Malaysia Online - Berita Utama.

p/s: mengalir² airmataku sebaik baca berita ni…..x de otak btol mak bpk yg buang bb ni…kalo uolss sumer igt, drku ade sorg ahli bidadari syurga yg x sempat nak menjengah dunia, kes ni plak bile dah ade peluang tu..bb tu pulak jd mangsa….sedih aku tgok bb tu diperlakukan begitu…..kalo ia pon dia tidak diperlukan, jgn la wat camni….pegi la bg org ke ape ke…byk cara lain…sad part is….bb tu dijumpai dlm keadaan dihurung semut..WTF….

Al-Fatihah to my dearest late daughter - Nor Shafira Nazlyn Saifulnizam

Feb 11th by rynn2506

Continue Reading

09th

Kenduri Cukur Jambul SOFEA + Harijadi KIKIM

4

salam uollls,

saje nak up entry ni walaupon entry agak basi utk dikongsi disini…tp diriku dah sharing ngan uolls sume gambar kat fb kan?? erm….xpe la…drpd diriku biarkan blog ni terus terus ketandusan isi kandungan lebih baik masukkan cerita-ceriti ni…sbnrnya ade cite di sebalik kenduri, biasalah setiap kali nak wat kenduri kendara mesti ade je yg akan bgado la, x sependapat dr pelbagai pihak….susah nak puaskan ati sumer org…tp ni kan kenduri aku,budget aku so akulah yg sbnrnya berhak buat segala keputusan kan…..tp itu la lumrah…mesti ade je yg x kena…selepas melalui tu sumer barulah tiba ke hari majlis n sambutan bjalan lancar tp cuma ade kelewatan je sikit…tu pon sbb timing…iopps…bkn dr pihak kitorg k tp pihak tetamu….tp ape nak buat, maybe dorg ade hal lain ke kan…traffic jammed ke, dtg dr jauh ke kan…?? majlis sofea cukur jambul tu bjalan dgn lancar…start kul 10.30pg n habis marhaban+cukur jambul sket+berendoi dlm buaian tu dlm kul 12.30tgh camtu…selesai, break for Zohor prayer then continue with Tahlil pulak…..after all, dlm kul 2ptg camtu tetamu dah start dtg dah….so far alhamdullilah n TQ to para hadirin yg dtg….sedikit kekecohan blaku apabila call time potong kek kikim telah ditetapkan kul 4ptg camtu tp tetamu²(kwn² kakak n abg iparku) x muncul lg…yg menjadi masalahnye, kwn²ku yg dah muncul dr kul 2ptg tu la kan…kesian la kat dorg…tgu sebegitu lama tp x jugak potong kek, kakakku pulak suruh diriku pujuk mereka suh tgu sbb xkan kikim nak potong kek tanpa kwn²nye kan??? tp pe nak buat, dah dorg x dtg tepat pada masanya, diriku berpendapat, teruskan jelah…tp kalo nak tgu kwn²nya jugak, tgu lah…biarlah kwn² diriku ni nak blk…sbb mungkin dorg ade agenda tsendiri lepas tu…akibatnya terjadilah peristiwa potong kek 2 kali…hahahah…kelakar pon ade tp xpe lah……asalkan kikim gembira seluruh ari tu xpelah……

info tentang majlis ni:-

*majlis ni 2 dalam 1 - adat memotong jambul anakku, NUR SOFEA NAZMIN Saifulnizam + sambutan harijadi ke 3 anak buahku, IZZAT HAKIM Jefri

*SOFEA ngam² 100 ari masa ni.. (29.09.09 ~ 09.01.10)

*KIKIM actual bday is on 24.12 tp kitorg nak celeb skali ms cukur jambul SOFEA..so masa ni umur dia ngam² 3 thn 16 hari

*majlis ni at 1st sepatutnye dijadualkan pada 27.11.09, tukar ke  25.12.09 dan akhirnya pada 9.1.10 n  ditunda byk kali atas sbb kebizian tukang masak

*bertemakan warna yg redup mata memandang - hijau + putih

selebihnye layan pixie ok…kat sini sket² je..tp full version kat facebook –> AzRynn SaifulNizam

cj-1

cj2

cj3

cj4

cj5

cj6

k7

k21

k4

k1

k9

k6

oh ye nak promote sket, semua gambar² adelah hasil kerjatangan kwn sekolahku iaitu ELena Oz..sekiranya sesiapa nak service photographer sebaik kualiti yg diriku dpt ni silalah hubungi beliau..hasilnye lihatla sendiri k…

gambar ehsan dari –> IWebPhotographic Rosz (017-2469906) eL (017-6282508)

Feb 09th by rynn2506

Continue Reading

02nd

Bermula Semula

0

hi all, utk kesekian kalinya diriku mintak ampun dan maaf kerana telah membuat kalian semua bosan bile masuk blog ni…sbb tidak berupdate kan….of coz ade beberapa perubahan dlm kehidupanku yg membuatkan aku begitu sibuk sampai x sempat nak meluangkan masa menatap dan menulis dlm blog kesayanganku ini kan…diriku dah mula merasakan kesibukan itu….poyo je kan…org lain pon ade anak gak tp xde lah sesibuk diriku ni kan…hehehe…sbnrnya setiap kali ade je idea nak tulis blog mesti x kesampaian dek kerana masa itu cemburu…ade je xtvt yg dilakukan oleh diriku yg menyebabkan diriku x dpt nak ngandap blog tercinta ni ha…wat penat je byr tp x dijaga…malah dibiarkan bersawang pula…..erm…mana x nye…asal ade time diriku ketandusan idea…asal ade idea je diriku ketandusan time…x pon lupe bwk cable/card reader nak transfer pixies…aduss….alasan tu sume kan….tp kan at least diriku sempat gak tukar layout ye x…??? maklumlah skg ni kat opis aku tgh demam appraisal, so kena lah berkelakuan sopan internet…siot je ayat…bkn ke kena sentiasa bersopan…?? huhu…

k lah…penceritaan diteruskan…mcm² dah jd sepanjang diriku berada dlm keadaan silent mode tu..diharapkan ngan gambar yg disertakan dpt menceritakan segalanya k…(sbb bertangguh la yg menyebabkan diriku terlupa situasi itu..sib baik ade gambar membantu…huhu

1) 18/12/2009 - diriku dah memiliki hp idamanku seteleh beberapa bulan mengidam..heheh…tu pon sbb hadiah ulangtahun perkahwinan yg ke-2…dlm pada masa yg sama encik gem nak pujuk diriku baru pas merajuk….

12_optus_nokia_e721

1st PIC

pic pertama diriku n gem guna camera hp baru ku (nokia E72-GOLD)

2) 18/12/2009 - pada ari yg sama diriku dihadiahkan fon ni jugak lah kitorg bergegas pulang umah awl coz ade appt ngan installer ASTRO..n sekaligus bertambahnye satu lg koleksi gadgetku yg diidami ramai masa kini…iaitu ASTRO byond…korg dah pasang?? diriku staff, mestilah dah pasang awl²kan?? hehehe…

1812200900318122009002

3) 18.12.2009 - mlm tu jugak ade xtvt kat opis…HITZ.fm-Milo Fuze jam pack in the studio…3 mgu berturut² sebenarnya n memandangkan ari ini adelah session yg terakhir, kami semua dikehendaki memakai ape jenis pakaian seragam sebagai bahan utk diteka oleh penonton website hitz.fm dan of coz utk menang..hadiah yg ditawarkan adelah RM10k….dpt RM100 utk 1 session ok…dan mgu terakhir tu sape pakai uniform, dpt lg extra RM100…sape x nak duitkan….sila jamu mata ngan pic² kat bwh ni ye nok…..

18122009005

18122009006

eh, mama win ( gelaran yg kitorg beri pada WINA) pon ade?? biasalah disbbkan diriku n merupakan rakan setugas dirinya, so secara x langsung dirinya jua akan terlibat dgn setiap acara yg melibatkan opis…Encik gem + adik iparku kiri kanan tu saje je diriku ajak, leh dpt extra income memandangkan xtvt tu mlm….

okeh…berbalik kepada cerita ceriti diriku…..perkembangan yg tbaru skali adelah…diriku telah tertarik nak g gym…cewah, nak ke gym plak nih…nak manage time di alam maya yg hanya gunakan petikan jari ni pon x sempat…inikan pula nak manage time ke gym…ehehehe…xpe demi mengibangi semula berat&size badanku ini…diriku akan cuba gagahi jua…huhu…semangat x ingat…..yg penting semangat tu……..tatapilah sedikit gambar yg diriku sempat rakamkan…pixie gedik² g sign up membership….pix exercise tu idok le teman snap…kang heboh snap pix,senaman tah kemana…….opps..lupe nak bgtau..drirku bersenam join mship kat TrueFitness….ENJOY……!!!

301220090543012200905030122009060 quality gambar suram sbb camera sepupuku itu hanya menfokuskan deko yg terang benderang background tu plak….huhu..xpe la..sekali sekala pose suram..pe slhnye….

selain dr itu…Encik GEM ku jua xmo ketinggalan membeli hp baru….oleh kerana sifat kedengkian thadap diriku…dirinya telah mengambil kesempatan utk membeli harga promotion masa Apple IPhone from Maxis kat ASTRO…dah lah murah dpt lg free gift tu…tgok gambar ye….

apple-iphone-3g-black

new-small-apple-ipod-shuffle

ipod shuffle ni freegift ye… 4GB lg tu…

okeh, itu saje buat ms ni…jumpe lg di lain lembaran……

Feb 02nd by rynn2506

Continue Reading

29th

Under Construction…!!

9

Please be informed that my blog is currently under constructions…and I would appreciate if u could give ur support by at least write something on the comment box to show that u still active(not like me b4…haha) so that i can update my bloglist after all the blog renovation is done…!!

Thx so much for ur kind attention n will be back soon with more story of my life….

note: Diriku dah byk kehilangan kwn² blogger sejak diriku x active selepas bersalin…..so dgn muka x malunye diriku memohon jasa baik blogger yg membaca ni dpt meninggalkan jejak (cth: tgalkan link yg terkini ke and etc)… juga seribu ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan kengkawan sume…sesungguhnye diriku tidaklah sempurna……..tlg ye kengkawan…tima kasih…..

Dec 29th by rynn2506

Continue Reading

02nd

Penampilan Baru….

10

hi all…lamenya x jenguk blog….dah berhantu agaknye nih….hahaha……sorry ye kengkawan…lihatlah betapa sibuknye daku…x terkejar nak update blog, komen blog kengkawan, layan RH lg walaupon on/off, FB lg sementara leh online kat opis nih,nak clearkan email sepanjang diriku cuti bersalin tu…fuh…balik umah lak x sbr² nak amik sofea ~rindu dah seharian tgal kat umah BS~ pastu isnin tu bwk dia g klinik cucuk 2 bulan, smlm lak jeng…jeng…jeng….diriku buat keputusan utk potong rambut….akhirnya dpt jugak melaksanakan impian sejak sofea lom lahir lg ni…dah x tahan dah ngan panasnye…rimasnye…x selesa bile pegang sofea je rambut diriku asik terkena dia je….rimas agaknye sofea tu….so diriku pon x teragak² lg nak potong rambut…nak tgok penampilan baruku lepas melahirkan 2nd beloved daughter ni?? ok…..please schroll down ok…..
dsc008451

dsc00865

dsc00853

dsc00877

Dec 02nd by rynn2506

Continue Reading

    Usha²

    type

    Archives

    My Followers

    Pengomen Tegar

    TQ so much all......
    • No commentators.

    RatuHati.com

    Banner ratuhati.com!

    Dania's Garden

    Powered by BannerFans.com

    My Banner

    Create your own banner at mybannermaker.com!
    Copy this code to your website to display this banner!

    Adverts

    Dengar Radio

    Cari Lagu Di 4shared.com

    Join 4Shared Now!

    adiWidget™

    adiWidget

    Spam

    Mr & Mrs. Saifulnizam

    Signature